Saturday, January 29, 2011

Batu Zamrud RM950 - Emerald


batu zamrud adalah batu terlaris di Malaysia.

ada awan, urat saraf (inclusions) serta telus cahaya. isinya cukup cantik...

memang cantik dan penuh ciri-ciri batu zamrud kecuali warnanya agak muda.

Cincin Baiduri Hitam Star RM160

ada star tapi cabang 4 saja

batu akan nampak lapisan dalam bila terdapat cahaya
Perak 925 design tangkai kendi

sesuai untuk semua golongan & pekerjaan.

Cincin Batu Fosfur ikat berlian RM200

Batu warna hijau kekuningan


Saiz sederhana

Bercahaya dalam gelap

Bagaimana mengetahui batu asli atau tiruan?


Soalan di atas sering dilontarkan oleh orang biasa yang tidak ada pengetahuan asas batu permata. Sebelum membeli, sepatutnya kita mengetahui dulu ciri-ciri permata asli dan tiruan. Benda ini sangat penting kalau tidak , kita membeli permata tiruan, biasanya penjual kaki lima meyakinkan bahwa permata yang dijualnya itu adalah asli. Akhirnya disebabkan kejahilan kita, kita akan merasa frust dan menyesal.
Berdasarkan pengalaman saya yg tidak seberapa ini, ramai penjual kaki lima menunjukkan kelebihan batu tersebut secara mentah-mentah seperti penarik rezeki, cepat naik pangkat dan sebagainya. Ada juga yg kata tidak ada apa-apa batu ini, cuma cantik je. Bagi saya ianya adalah anugerah Allah untuk manusia ambil manfaat sepertimana setiap kejadian Allah s.w.t yang lain.
Bagaimana caranya membezakan permata asli dan tiruan itu secara umumnya? 
1. Batu asli mempunyanyi warna yang telus, terdapat urat-urat dan komposisi mineral yang lain akibat proses pembatuan yang beribu-ribu tahun. Kalau satu warna saja atau kalau macam kaca jenih itu biasanya tidak asli. Antaranya batu JJ dan delima masak.
2. Cuba letakkan permata itu ke pipi anda. Kalau terasa sejuk, secara umumnya adalah asli.
3. Cuba bandingkanlah permata asli dan tiruan, ketumpatan serta berat permata asli melebihi dari permata palsu.
4. Kalau delima merah, celupkanlah ke dalam gelas yang berisi air putih. Apabila air di dalam gelas berubah warna menjadi merah maka dapat dipastikan batu permata adalah merah delima asli. Delima jenis ini terlalu sukar diperolehi, kalau ada yg ingin menjual kurang RM30 ribu , itu bukan lagi yg asli kalau mengikut kajian saya.
5. Bila permata itu berlian, untuk membuat anda benar-benar yakin akan keasliannya, gunakan alat testing berlian (contoh seperti gambar di bawah). Ada penjual atau kedai batu permata menyediakan alat ini.
6. Yang penting bertanyalah kepada ahlinya demi keselamatan anda dan juga wang yang anda telah kumpulkan. Hanya jauhari mengenal manikam. Saya mendengar banyak keluhan dari sahabat lain yang telah tertipu dengan muslihat penjual kaki lima terutamanya batu zamrud. Ada juga batu yang dibuat menyamai kualiti asli, pakar batu juga sesetengahnya tidak dapat membezakannya dengan mata kasar, terpaksa menggunakan 10x scope. Kebiasaannya treatment tertentu dipersetujui sebagai asli seperti menambah warna dan pemanasan. Selalunya dinyatakan dalam sijil  batu. Harga sijil batu adalah diantara RM100-RM200.
alat test jenis batu

Pendahuluan Batu Permata Cantik




Batu permata adalah sebahagian dari kehidupan manusia. Ada yang mempunyai batu permata ratusan dan ribuan ringgit, ada juga puluhan ringgit. Apapun manusia dari zaman Nabi Adam lagi meminati batu permata. Anugerah Tuhan yang cukup menakjubkan.

Ada yang asli dan tidak kurang juga yang dibuat menggunakan teknologi makmal. Ada juga batu yang asli tetapi telah di proses secara tidak asli seperti menggunakan bahan tambahan, pewarna dan juga lapisan kaca. Blog ini adalah untuk mereka yang mempunyai budget kecil dan baru nak berjinak dengan dunia batu permata.

Sememangnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Sesiapa yang mengambil manfaatnya sudah tentu akan mensyukuri nikmat Allah yang Maha Bijaksana. Batu selalunya dikaitkan dengan bulan kelahiran , apapun ini hanyalah mengikut pengalaman manusia, bukanlah secara mutlak.
Bagi meraka yang meminati batu permata selalunya mempunyai lebih daripada 1 biji. Tetapi apa pun saya nasihatkan biarlah kita berbelanja secara sihat dan mengikut budget masing-masing.

Batu Zamrud Colombia Gred Biasa RM399 - Emerald

Warna Hijau Tua
Ada kesan sedikit urat, cincin ready made 925, saiz boleh ubah.

Camera reflection jadi warna biru,warna asal hijau tua.

Batu Fosfur / Geliga Ular / Terang Malam RM200

Besar syiling 10 sen
Cincin Perak 925..cantik

mesti puas hati....