Saturday, January 29, 2011

Bagaimana mengetahui batu asli atau tiruan?


Soalan di atas sering dilontarkan oleh orang biasa yang tidak ada pengetahuan asas batu permata. Sebelum membeli, sepatutnya kita mengetahui dulu ciri-ciri permata asli dan tiruan. Benda ini sangat penting kalau tidak , kita membeli permata tiruan, biasanya penjual kaki lima meyakinkan bahwa permata yang dijualnya itu adalah asli. Akhirnya disebabkan kejahilan kita, kita akan merasa frust dan menyesal.
Berdasarkan pengalaman saya yg tidak seberapa ini, ramai penjual kaki lima menunjukkan kelebihan batu tersebut secara mentah-mentah seperti penarik rezeki, cepat naik pangkat dan sebagainya. Ada juga yg kata tidak ada apa-apa batu ini, cuma cantik je. Bagi saya ianya adalah anugerah Allah untuk manusia ambil manfaat sepertimana setiap kejadian Allah s.w.t yang lain.
Bagaimana caranya membezakan permata asli dan tiruan itu secara umumnya? 
1. Batu asli mempunyanyi warna yang telus, terdapat urat-urat dan komposisi mineral yang lain akibat proses pembatuan yang beribu-ribu tahun. Kalau satu warna saja atau kalau macam kaca jenih itu biasanya tidak asli. Antaranya batu JJ dan delima masak.
2. Cuba letakkan permata itu ke pipi anda. Kalau terasa sejuk, secara umumnya adalah asli.
3. Cuba bandingkanlah permata asli dan tiruan, ketumpatan serta berat permata asli melebihi dari permata palsu.
4. Kalau delima merah, celupkanlah ke dalam gelas yang berisi air putih. Apabila air di dalam gelas berubah warna menjadi merah maka dapat dipastikan batu permata adalah merah delima asli. Delima jenis ini terlalu sukar diperolehi, kalau ada yg ingin menjual kurang RM30 ribu , itu bukan lagi yg asli kalau mengikut kajian saya.
5. Bila permata itu berlian, untuk membuat anda benar-benar yakin akan keasliannya, gunakan alat testing berlian (contoh seperti gambar di bawah). Ada penjual atau kedai batu permata menyediakan alat ini.
6. Yang penting bertanyalah kepada ahlinya demi keselamatan anda dan juga wang yang anda telah kumpulkan. Hanya jauhari mengenal manikam. Saya mendengar banyak keluhan dari sahabat lain yang telah tertipu dengan muslihat penjual kaki lima terutamanya batu zamrud. Ada juga batu yang dibuat menyamai kualiti asli, pakar batu juga sesetengahnya tidak dapat membezakannya dengan mata kasar, terpaksa menggunakan 10x scope. Kebiasaannya treatment tertentu dipersetujui sebagai asli seperti menambah warna dan pemanasan. Selalunya dinyatakan dalam sijil  batu. Harga sijil batu adalah diantara RM100-RM200.
alat test jenis batu